1.jpg

Beright
Covid-19

Antigen Rapid Test

Kit Saringan Kendiri Beright Antigen Covid-19 telah mendapat kelulusan daripada KKM dan salah satu kit  saringan yang boleh disimpan di rumah untuk kegunaan ramai sepanjang Pendamik Covid-19 ini. Ia telah di daftarkan dibawah Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) dan ia sangat mudah untuk digunakan. Kami menyarankan saringan secara berkala bagi semua kumpulan berisiko tinggi, termasuk pekerja barisan hadapan, warga tua 60 tahun ke atas dan ahli keluarga yang kerap keluar untuk mendapatkan keperluan rumah tangga. 

2.png

Results will show as below:

Peringatan : Sesiapa yang mendapat keputusan positif, sila laporkan di  MySejahtera’s Covid-19 Self Test.

Bagi memahami cara menggunakan dengan lebih baik, tonton video dibawah: 

MDA approved saliva kit

Apakah Saringan Covid-19 Kendiri melalui Air Liur ?

Saringan Antigen Covid-19 (Air Liur) adalah imunisasi kualitatif berasaskan membran untuk mengesan Antigen SARS-CoV-2 pada sampel air liur manusia.

Siapa yang harus gunakan Kit Saringan Kendiri ini?

Individu yang sihat, atau mereka yang terdedah dengan individu yang mempunyai gejala Covid-19, boleh menggunakan Kit Saringan untuk membuat saringan kendiri.Individu yang secara am bekerja diluar atau terdedah dengan tempat-tempat awam sama ada melalui pekerjaan atau menaiki kenderaan awam harus membuat ujian kendiri ini bagi mengelakkan kerisauan.

Ujian ini sekadar ujian saringan dan ia tidak bermakna untuk diagnosis. Sila dapatkan nasihat daripada pegawai perubatan untuk sebarang hasil ujian.

Apakah maksud keputusan Ujian Saringan?

Ujian saringan dibaca pada 15 minit dan tidak lebih daripada 20 minit

Hasil Positif
Jika anda dapati 2 garisan pada C dan T, anda telah diuji positif Covid-19. Garisan boleh dikenalpasti dengan jelas atau samar.

  • Ujian RT-PCR masih memerlukan pengesahan jangkitan kes Covid-19. Anda dinasihatkan untuk mendapat nasihat pegawai perubatan segera walaupun tidak mempunyai gejala.

Hasil Negatif
Jika anda dapati garisan pada C, dan tiada garisan pada T, ia adalah hasil negatif. 

  • Anda mungkin tidak mempunyai jangkitan Covid-19. Jika anda dapati terdedah kepada virus, kami menasihati anda untuk terus memantau gejala.

  • Terdapat kemungkinan kepada result negatif-tidak sah jika anda mendapat gejala selepas itu. Anda dinasihatkan untuk melakukan ujian RT-PCR bagi  pengesahan saringan.

Hasil Tidak Sah
Jika anda tidak mendapati sebarang garisan, atau hanya satu garisan pada T, ia adalah hasil yang tidak sah. Terdapat kesilapan pada ujian.

  • Anda perlu membuat ujian yang lain dengan kit saringan yang baharu.

Berapa tepatkah Kit saringan Kendiri Beright Antigen Covid-19?

Kit Ujian telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) serta telah dinilai oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) menunjukan ia sangat tepat dengan:

  • Kesensitifan 93.1%

  • kekhususan 100.0%

Apa yang anda akan dapat pada setiap kotak?

Setiap kotak mengandungi

  • Kit ujian x 1

  • Corong  x 1

  • Bekas pengumpulan cecair oral x 1

  • Reagen  x 1

  • Penutup x 1

Bilakah waktu yang sesuai untuk melakukan ujian? 
Semasa pendamik, tiada waktu yang sesuai untuk menggunakan kit ujian ini kerana anda tidak dapat pastikan bila anda terdedah dengan Virus Covid-19


Anda boleh melakukan ujian apabila:

  • Anda  berada di tempat / kawasan berisiko tinggi

  • Anda mula mempunyai gejala seperti batuk, selesema, demam, kesukaran untuk ebrnafas, hilang deria rasa, dan gejala lain berkaitan dengan virus Covid-19, 

  • Jika anda melakukan perjalanan dengan pengangkutan awam

  • Jika anda pernah berada di tempat sesak

Apakah perlu dilakukan jika saya meludah air liur dengan banyak? Adakah ujian masih tepat?
Jangan bimbang, ia tidak memberi kesan kepada ketepatan ujian. Jangan meludah kurang daripada jumlah yang diperlukan.

 

Bagaimana saya harus menguruskan kita ujian yang telah digunakan?
Buang semua item ke dalam beg plastik berzip sebelum melupuskanya.

Bolehkah ia digunakan untuk kanak-kanak?
Ya, ia boleh digunakan untuk kanak-kanak dan juga dewasa pada semua peringkat umur.

Perlukah saya membasuh mulut dengan air / pencuci mulut atau mengosok gigi sebelum  membuat ujian?
Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit selepas memberus gigi atau menggunakan produk penjagaan mulut sebelum melakukan ujian. 

Bagaimana harus saya menyimpan kit ujian?
Kit ujian perlu disimpan pada tempat yang kering di antara 20°C hingga 30°C. Suhu yang tinggi akan memberi kesan kepada ketepatan ujian. Jika ini berlaku, sila dapatkan ket ujian yang baru. Jangan simpan di dalam peti sejuk

Adakah jangkitan tekak yang lain memberikan hasil yang positif?
Tidak, jangkitan tekak yang lain selain Covid-19 tidak akan memberikan anda hasil yang  positif.

 

Adakah test kit ini mengesan varian yang lain?
Ya, kit antigen ini mengesan protien yang berlainan pada virus yang telah mengalami mutasi. Ia tidak memberi kesan kepada keupayaan kit ini untuk mengesan secara tepat diantara varian yang berbeza.

FAQ

Beright Covid-19 Kit Ujian Kendiri
keputusan kit ujian kendiri Covid-19

Dapatkan
Kit Ujian Ag
Covid-19 Beright di Ava Clinic
sekarang

RM 19.90/kit 

RM 178.00 untuk 10 kit.

*Penghantaran PERCUMA untuk 10 kit ke atas

Beright Antigen AVA.jpg